L is for L

Hari ni sehari suntuk x masuk floor ..ade tugasan diluar... key actually hari ni adalah hari yang menarik sebab tadi aku ade appoinment dengan psikitiarist(betul x ejaan die erk) asal g jumpe doktor tu lak????? sakit ape??? gile ke?? correction psikitiarist is not juz for peopla who has mental problem or some other said gila... for me it's for people who unable to manage their stress,conflict or dilemma... as conclusion psikitiarist ni doktor untuk kite semua and we have to change our mind set about the psikitiarist.... Agak lame gaklah aku duk kat klinik tu dalam sejam gak pastu br die pgl masuk.... laa lupe nk ckp aku g sn sebab ade appoinment ngan doktor it's regarding to one of my officer in wokshop he got problem to cope with his situation now..... Firstly die pgl pesakit dulu..and then about 10 minute after that doktor pgl aku plk... mase kat dalam tu kebetulan ade sorang patient yang nk g mission kat Lubnan...Seorang perempuan..so proud of her coz dapat g Lubnan.. tapi die penah kene hesteria...ms tu doktor explain lah jgk kat aku how hesteria happened scientificly.... tapi aku x pandai nk translate kat sini.. takut salah traslate... yang aku phm lah hesteria can happened bile kite hidration... when our body become so tired and we have less liquid in our body.....

What is L is for L.... mase aku jumpe doktor tu firstly doctor tu clear my mind.. he tell me that psikitiarist is not for orang gile..is for people who facing stress,conflict and dilemma..there about 300 penyakit are refers to psikitiarist but only 2 percent yang diketegorikan sebagai GILA... masalah kawan aku sorang ni ialah dia x dapat sesuaikan diri dia ngan situasi yang die lalui sekarang... bile die menghadapi situasi mcm tu die akan mencari alasan lain untuk die lari dari ketidaksesuaian tadi... mulalah x minat kerja..stresss.. xnk bersosial dengan orang..depresss, murung..and so on.... bagi aku semua orang akan menghapi situasi yang mcm ni beza nya cuma kite boleh cope dgn situasi tersebut atau tidak..let say kalo kite tgh duduk rilexs tetibe ade budak datang tersepak kaki kite...bagi mereka yang boleh cope dgn situasi tersebut mereka akan ckp owh budak ni kecik lagi..x matang..so juz forgive n forget..tapi bagi org yang xbley cope mrk akan ckp " kurang ajar betul bdk ni..nanti kau" beza kan org yang fikir positif dengan yang tak.. so oleh itu sentiasa belajar untuk jadi positif....

L is for L..life is for learn... belajar lah untuk jadi positif...belajar untuk memaafkan orang2 diseliling kita, belajar untuk macam mane kita nk express anger kat orang... semua tu kena belajar sebab different person need different approach.... and the learning process will be continue sampailah ke liang lahad.... kadang2 kita jadi stress sebab kita simpan marah kat orang....so that get it release... untuk gembira atau tidak itu pilihan kita..kita yang tentukan... so be positif untuk jadi lebih tenang....

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hatimu akan tenang" so jgn Pisahkan agama dengan kehidupan learn from history jgn jadi mcm zaman gelap di eropah dimana Kehidupan di pisahkan dari gereja. Dekatkan diri dengan Allah.. mengadulah pada Allah..sesungguh Allah maha mendengar... rasakanlah belaian kasih sayangNya apabila membaca bait2 Ayat2 Allah didalam Al-quran... sesungguhnya Al-quran itu ubat segala penyakit... Suburkanlah rasa cinta kepada Allah..InsyaAllah kita lebih bersemangat..Amenn

Actually i'm trying to advice myself..to be more positif with my life..with my work.. Ya Allah hanya padaMu tempat aku mengadu...
Multilevel Marketing


Aik asal tetibe citer pasal mlm ni..nk join bisness mlm plak ke??? askar keje die berperanglah bukan berniaga..hehehehe... Jgn salah sangke aku bukanlah nk meniage brg mlm cari downline mlm atau sebagainya yang berkaitan dengan mlm....hehehehe

Nk tahu tak semenjak dua menjak ni ramai sangat kengkawan aku ajak keluar minum2 pasal promote dieorang punye mlm.... aku???? hehehehe...asal x join???? sebab aku mmg dah kaye..duit aku pun x abis mkn..hehehehea..xdelah aku cong je nih..aku Hamba Allah yg serba kekurangan

Apa yang aku phm pasal mlm ni??

MLm ni sebuah perniaagaan yang memberikan komisyen kepada upline2 nya apabila dapat mencari downline..even kalo downline die dapat downline ..yang upline kat yang memula join that business tu still go it comisyen...ada mlm yang kene jual barang ada yang juz to promote it service..oppsss xmo citer pepanjang b'coz i'm not expert in that field.

konklusinya.aik?? br tulis 2,3 perenggan dah conclusion dah..hehehehe sebab aku x byk ilmu juz aku nk share link ni je kat korang kalo nk tahu lebih lanjut pasal bisnes mlm ni dari segi syariahnya... jgn tanye aku sebab aku pun jahil gak... may we can learn something..so tepuk dada tanya Iman... sekian:)

p/s selamat pengantin baru kepda classmate aku ms sekolah rendah Norasyikin Bte Hassan..semoga berbahagia dunia akhirat.semoga masjid yg dibina buat selamenya..jiwang la plak.amenn..teringat dulu ms waktu tghhari ms time nk tunggu sekolah petang g mandi sungai kat blkg kampung....skang dah jd isteri orang dah ko...:) bile aku nk ikut jejak langkah ko ni...hehehehe
DUIT

aku ni asyik citer pasal duit je...mate duitan ape aku ni... ni kisah perbualan duit se'hinggit' dengan duit 50 'hinggit'......

RM 1 : ehh 50 lame x nampak ko..ko sihat ke?
RM 50 : aku sihat..Alhamdulillah
RM 1:ko g mane selame ni??
RM 50: byk tempat aku g.. sogo..secret recipi..times square..bla..bla..bla..mcm2 tempatlah aku g.. ko g mane plak?
Rm1 : aku mcm biaselah..tabung masjid..tabung surau

pastu aku tak tau plak ape komen RM 50... itu x penting..yang penting kita belajar sesuatu dari sembang2 dieorang ni...

p/s: tetibekan rase mcm something je...ntahlah susah nk explain..


motivasikan diri

ni copy paste kat link yang zana bagi... InsyaAllah it will usefull to all of us...thanxs zana comeyy:)

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

selamat beramal :) dan ceria2 selalu..:)